Saat pelawak Kuah Jenhan selaku hos menyebut nama “Afgan…!!!”, seluruh dewan terus gamat dengan sorakan penonton. Inikan pula, apabila penyanyi kegilaan ramai ini muncul di depan mata. Lantaran membuatkan para peminatnya jadi tidak keruan.
Bahkan saat dia mempersembahkan lagu-lagu hitsnya, para peminat tidak melepaskan peluang naik ke pentas untuk berselfie bersamanya.
Dan satu momen yang berjaya mencuri perhatian sekalian penonton ialah di ketika jejaka kelahiran Jakarta, Indonesia ini mendendangkan lagu Jodoh Pasti Bertemu tanpa disangka meluru seorang peminat naik ke pentas lalu mencium pipitnya. Dan penyanyi berlesung pipit ini tersenyum sambil meneruskan nyanyiannya.
Itu yang terjadi kepada empunya nama sebenar Afgan Syahreza sewaktu membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha 2014 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Kegilaan peminat terhadap Afgan tidak terhenti setakat itu. Meneruskan nyanyian dengan lagu rancak, Panas Asmara, Afgan mengambil peluang mendekati peminat-peminatnya. Namun belum sempat dia melawat dari satu meja ke satu meja, peminat lebih dulu mengerumuninya.
Meskipun persembahan kali ini memberi peluang secara eksklusif kepada peminat mendekati diri penyanyi ini, tetapi berdasarkan pemerhatian penulis, persembahan Afgan hanyala biasa-biasa sahaja. Interaksinya dengan peminat juga kurang.
Menerusi persembahan lebih kurang 1 setengah jam, lagu lain yang turut didendagkan seperti Pesan Cinta, Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta.
Terdahulu ditampilkan penyanyi jazz yang tidak asing lagi, Noryn Aziz yang membuat persembahan pembukaan. Pujian buat Noryn kerana meskipun sedang hamil 4 bulan namun tidak menghalang beliau memperdengarkan vokal dan persembaan yang mantap menerusi lagu seperti ‘Natural Woman’, medley ‘Rolling in the Deep’ dan ‘Set Fire to the Rain’, ‘Tinta Puti’h, ‘Cinta Sejati’ serta medley ‘Happy dan You to Me Are Everything’.
Persembahan bersempena Minggu Setiausaha 2014 itu juga berselang seli dengan sesi cabutan bertuah buat para hadirin dan acara tamat pada kira-kira jam 11.15 malam. (rtky/fr)
No comments:
Post a Comment